KUALA LUMPUR: Pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) telah mengenal pasti penambahbaikan segera yang perlu diambil bagi mengelak kesesakan teruk di stesen-stesen pertukaran utama pada masa hadapan.
Rapid Rail dalam kenyataan malam tadi memaklumkan antaranya ialah menambah bilangan pegawai stesen serta polis bantuan untuk mengawal kesesakan terutama waktu puncak, mesin jualan tiket yang dapat menerima wang kertas serta duit syiling, dan meningkatkan jumlah Duta Rel bagi membantu pengguna di stesen.
"Selain itu pihak Rapid KL juga akan menilai kebolehlaksanaan perkhidmatan alternatif seperti Rapid KL Ekspres, satu perkhidmatan bas tanpa henti dari satu stesen ke stesen-stesen pertukaran utama," menurut kenyataan tersebut.
Rapid Rail memaklumkan beberapa stesen rel Rapid KL terutama di stesen pertukaran utama seperti Pasar Seni, mengalami kesesakan bermula pagi semalam ekoran peningkatan luar biasa jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan rel untuk ke ibu kota bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Berikutan keadaan di beberapa stesen yang mengalami kesesakan teruk, Rapid Rail berkata mereka telah mengambil tindakan segera bagi mengawal keadaan serta memastikan keselamatan pengguna, termasuk menambah bilangan tren untuk mengurangkan kesesakan.
"Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada semua penumpang yang terlibat di atas segala kesulitan dihadapi. Kami akan menilai semula sistem serta proses operasi kami agar situasi yang sama tidak berulang," menurut kenyataan itu.
Menurut Rapid Rail keadaan di stesen-stesen kembali pulih pada pukul 3 petang semalam..
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022
Beberapa stesen rel Rapid KL mengalami kesesakan bermula pagi semalam ekoran peningkatan luar biasa jumlah penumpang yang mahu menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2022. - Gambar fail/BERNAMA
Pada usia 81 tahun, kekayaan Paul McCartney bernilai RM6 bilion
Kekayaan McCartney dan isterinya Nancy bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
Sistem paparan maklumat laluan MRT Kajang alami gangguan
Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan pihak teknikal sedang berada di lokasi untuk kerja baik pulih.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
Minat kendali jentera berat, ibu empat anak pilih pemandu bas sebagai kerjaya
Pernah diludah, dipekik dan dibaling botol oleh penumpang merupaka antara cabaran dihadapi Salfarina Muslim sebagai "Kapten Bas Rapid KL."
Bas Rapid KL terbakar, tujuh penumpang lalui detik cemas
Seramai tujuh penumpang sebuah bas Rapid KL berdepan detik cemas apabila bas itu terbakar di Jalan Syed Putra menghala ke Jalan Klang Lama.
Rapid Bus perjelas isu pelancong tak dapat naik Rapid KL
Semua maklumat yang berkaitan telah disiarkan di laman web rasmi MyRapid serta di saluran media sosial Rapid KL serta aplikasi PULSE.
6 penumpang lalui detik cemas, bas Rapid KL dinaiki terbakar
Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bas laluan Taman Mulia Jaya menghala Lebuh Ampang itu terbakar pada jam 10.52 pagi.
Ambang Tahun Baharu 2024: Rapid KL lanjut waktu operasi, tambah kekerapan tren
Lanjutan operasi ini melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL.
Rapid KL nafi berlaku letupan libatkan tren MRT
Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT), laluan Kajang petang tadi seperti yang tular menerusi media sosial.
Rapid KL sedia bas khas pada 10-12 Nov sempena MotoGP
Perkhidmatan bas khas itu disediakan di tiga lokasi iaitu Pasar Seni, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan hab bas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.
Pesta Bola Merdeka: Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 tengah malam
Waktu operasi bagi stesen-stesen integrasi juga akan dilanjutkan, manakala stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa.